Saturday 16 February 2013

Hidup untuk diri atau masyarakat?


Alhamdulillah, masa yang terluang dapat saya gunakan untuk berkongsi sesuatu kepada kalian.  Tajuk penulisan pada kali ini ialah tentang kemasyarakatan.  kehidupan; untuk diri sendiri atau masyarakat?




Dalam majalah Q&A edisi ke 14,  artikel yg ditulis oleh Ustaz Zul Ramli M Razali, menurut beliau umat islam atau pun mukmin merupakan 'YB'.  Hdup mukmin seperti seorang wakil rakyat.  Hidup ini perlu berjasa kepada manusia yang lain.  Jika tidak mampu berjasa, memadai jika tidak menyusahkan orang lain.  

Jika difikir semua, ianya benar kerana antara tujuan manusia diturunkan ke muka bumi ini adalah sebagai khalifah dan ini tertulis di dalam Al-Qur'an melalui surah Al-baqararah ayat 30.  Selain beribadah kepada Allah(surah Ad-Dzariyat:56). manusia juga diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi dan bagi memenuhi tuntutan menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).



Jika manusia memahami konsep ini, pasti dunia mampu mengurangkan kadar jenayah terutama yang berlaku di bandar-bandar pesat.  Hal ini kerana jenayah merupakan hasil tindak tanduk manusia yang mementingkan diri yang mengambil jalan mudah bagi memenuhi kehendak peribadi dengan cara mengorbankan orang lain.  Masyarakat pula takut untuk bertindak bagi menyelamatkan mangsa.  bagi mereka ketika itu, nyawa sendiri lebih utama.  Ini perkara normal bagi kita hari ini.

Jika kita lihat cara masyarakat kita hari ini, kebanyakan kanak-kanak diajar untuk rajin belajar supaya mampu mendapatkan kerjaya yang baik apabila dewasa kelak.  Supaya dapat membeli rumah besar, kereta mewah dan mempunyai kehidupan yang serba lengkap.  namun, jarang mereka diajar untuk menjadi seorang yang memberi bakti kepada masyarakat.  Mereka jarang didedahkan kepada kerja-kerja amal.  Hal ini boleh kita lihat di institut pengajian tinggi, kurangnya mahasiswa yang sukarela turun padang bagi melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  hal ini tentu sekali menyedihkan.

sesungguhnya islam itu menganjurkan perpaduan ummah dan persaudaraan.  Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.