Wednesday 31 October 2012

Lagu yang menginsafkan




Mengemis Kasih - Nazrey Johani feat Far East

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku





Aku x tahu kenapa...
Sejak kebelakangan ni...
Aku gemar mendengar lagu-lagu aku dengar sewaktu kecil dulu
Kira-kira berusia 4 hingga 6 tahun dahulu...
Raihan...

Kerana lagu-lagu sebegini aku dididik ketika kecil dahulu...
Bukannya lagu-lagu pemuja wanita dan lagu-lagu yang tidak melalaikan...
Inilah kehidupanku dahulu dan kini aku bawa semula...



Momok



Satu perkara yang aku pelajari selama 21 tahun aku menetap di atas muka bumi yang indah permai ini, beberapa perkara yang kadang-kadang membatasi pergerakan dan kehidupan kita.  Kita sering dimomokkan oleh cerita-cerita yang kadang-kadang pencerita tersebut tidak pernah alami... Itulah kisah momok...  Ceritanya seram dan menakutkan tapi tidaklah seburuk yang disangka.  Sebenarnya indah rupa daripada khabar(peribahasa baru).

Apa yang aku cuba sampaikan bukanlah berita mengenai kelibat entiti bukti tetapi aku ingin sampaikan bukti kita manusia mempunyai firasat kemanusiaan yang sama.  Jiwa berkasih sayang yang sama.  Cuma mungkin kerana kekoloton dalam menerima berita atau ceteknya cara kita menilai sesuatu kaum, kita dipengaruhi ketakutan ini.

Sepanjang 21 tahun kehidupanku, aku telah merantau ke banyak tempat, berjumpa ramai kenalan, bercampur dengan berbagai kaum.  Dan itu meruakan satu hikmah...  bagi mereka yang terbuka hati dan akalnya.  Apabila kita bercakap tentang negeri Kelantan... mungkin ramai yang akan berfikir tentang ini:



atau



Ini mungkin gambaran sesetengah masyarakat bukan kelantan terhadap negeri Kelantan.  Mereka miskin, assabiah atau pun kasar.  Ini bukan rekaan kerana saya ada beberapa orang kenalan yang anti dengan masyarakat Kelantan sedangkan menjejakkan kaki ke sana pon tidak lagi...  Ini la yang dinamakan penetapan minda.  Mindanya telah di set sebegitu hingga satu tubuh dan jiwanya mengikut keinginan mindanya.  hakikatnya, sepanjang 7 semester aku belajar di sana, aku bergaul dengan masyarakat di sana, tinggal sebumbung dengan orang tua di sana melalui program Operasi Khidmat Masyarakat, ternyata apa yang dimomokkan selama ini adalah TIDAK BENAR.

Sebenarnya, banyak kedamaian, keharmonian, perpaduan dapat dilihat di sana.  Ternyata kini aku merindui kenangan-kenaganku di sana.  Bersama rakan-rakan, staf dan semua yang banyak membantuku sepanjang aku berada di Kelantan.  Secara tak langsung aku berjaya membuang sifat perkauman, berpuak-puak dalam kehidupan ini.  Aku juga sedar sememangnya manusia itu mempunyai jiwa kemanusiaan yang sama.  Ingin berkasih sayang dan dihargai.

Cuba hayati maksud petikan ayat al-Qur'an di bawah.

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (al-Mulk:15)

X kisah drmana ko berasal... selagi ko beragama Islam... ko saudaraku...




The Return





Akhirnya... Setelah satu semester ak meninggalkan blog...
Ak bercadang untuk menulis semula...
Mungkin kerana mendapat dorongan daripada rakan-rakan...
Tapi... apa ingin aku sampaikan ialah...
Perjuanganku xkan padam...
Mungkin sebelum ni ak berhenti sejenak kerana ingin fokus kepada akademik...
Tapi aku fikir semula...
Kejayaan akademik bukanlah segalanya...
Walau pun akademik merupakan salah satu perkara penting hari ini...
namun, setelah ak berfikir panjang...
Perjuangan menyebarkan ilmu dan pengalaman tidak kurang pentingnya...
Kerana ilmu itu selalunya datangnya daripada pengalaman...
Pengalaman bersosial, berorganisasi, berpolitik dan berhibur...
Dan setiap penulis buku juga menulis berdasarkan kefahaman dan pengalaman mereka sepanjang hidup...
Oleh itu aku bertekad...
Untuk menyambung semula penulisan blog kali ini...
Untuk manfaat masyarakat bersama...
Insya-Allah.