Wednesday 13 February 2013

Sombong?





Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi beberapa perkara yang terlintas di fikiran.  Mungkin tidak banyak tetapi cukup sebagai sebahagian bekalan kita untuk akhirat kelak.  

Pernahkah kita dengar kisah nabi Adam?  Pasti kebanyakan daripada kita tahu akan kisah ini.  Tapi bukan tentang baginda yang ingin saya utarakan tapi kisah Iblis yang sombong. Asalnya kedudukannya tinggi di sisi Allah sebagai penghuni langit pertama, darjatnya begitu mulia.  Para malaikat memohon Azazil mendoakan mereka kerana mereka pasti doa Azazil dimakbulkan.  Tapi sayang, azazil ketika itu tidak mendoakan diri sendiri agar terselamat daripada bahaya dunia dan akhirat.  

Hinggalah satu ketika, Allah ingin menciptakan manusia pertama.  Allah menyuruh semua malaikat sujud sebagai tanda hormat kepada Adam termasuk Azazil.  Ketika itu, timbul keangkuhan pada diri Azazil.  Mengapa perlu dia sujud kepada seorang manusia yang hanya diciptakan daripada tanah?  Dia merasakan dirinya begitu mulia kerana diciptakan daripada api dan amalnya yang banyak kepada Allah.


Dipendekkan cerita, oleh kerana kesombongannya, maka murka Allah timpa ke atasnya.  Dan nerakalah tempat kembalinya dia dan para pengikutnya.  Persoalannya di sini, apa punca laknat Allah ditimpa kepada Azazil?  Adakah kerana kejahilannya?  Adakah kerana kehodohannya?   Adakah kerana kurangnya ibadat kepada Allah? Semuanya TIDAK melainkan hanya kerana sifat sombong dan angkuh tidak mahu sujud hormat kepada Adam.  jika kita kaji kembali kisah ini, betapa murkanya Allah kepada hambanya yang sombong dan angkuh.  yang beranggapan didrinya lebih mulia daripada orang lain.  

Begitulah kita manusia.  Oleh kerana kita mempunyai sedikit kelebihan daripada orang lain, kita mula merasa angkuh, ego kita naik mendadak, pendapat orang lain kita hiraukan.  Bagi kita, kitalah yg utama.  

Kesimpulan daripada penulisan kali ini, apabila diri mula dikuasai oleh kesombongan, ingatlah bahawasanya iblis itu mendapat laknat Allah hinnga hari kiamat kerana sifat sombongnya. atau dengan erti kata lain.  Iblis itu tidak bodoh, tetapi ia sombong.  Oleh kerana ia tidak bodoh, dia akan menggunakan segala cara dan strategi bagi membawa kita kepada caranya yang keji bagi melaksanakan wawasannya iaitu mengumpulkan sebeberapa ramai pengikut untuk ditempatkan di neraka kelak.

Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment