Tuesday 29 May 2012

Dunia vs Akhirat










Antara dunia dan akhirat...
Mana kita perlu kejar dahulu?
Mana yang perlu kita kejar kemudian?
Cukupkah sekadar mencari kehidupan dunia?
Mampukah kita mencapai kebahagiaan ahirat tanpa mencari kehidupan dunia?


Ada sebilangan berpendapat cukup sekadar kita mengejar akhirat kerana di sana kehidupan yg kekal.  Ada juga yg berpendapat, kehidupan dunia dan akhirat perlu selari iaitu perlu seimbang keduanya.  Dunia ialah kehidupan, binalah syurga di dunia.  Pon bole...  Tetapi, saya tertarik dengan satu petikan yang saya ambil drpd sebuah buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.  Bukunya Berjudul 'Ada Bagus Bagusss'.
 
"Life is a test,
 Islam is the best,
 prayer is a must,
 akhirat is for test,
 the world is only dust,
 if Quran is in the chest,
 nothing need next,
 obey Allah first,
 success will be next."

Akhirat ialah destinasi, dunia ialah tempat persinggahan.  Sebelum meninggalkan dunia, tinggalkanlah sesuatu yg bermanfaat kpd masyarakat.  Perjuangkanlah sesuatu agar memudah perjuangan org lain.  Jangan sesekali meninggalkan dunia ini dengan tangan kosong.  Tinggalkanlah walaupun sebuah pokok buah-buahan.  Walaupun kecil, tetapi besar nilainya.  Jangan sesekali meninggalkan tempat persinggahan dalam keadaan kotor apabila kita meninggalkannya kerana ia mungkin menyusahkan org lain yg ingin singgah rehat.  

Hidup ini adalah persinggahan.  Kutiplah sebanyak mungkin bekalan untuk ke destinasi.  Supaya kita sampai ke destinasi dengan selesa.  Tinggalkanlah jasa d tempat persinggahan agar mereka yg kemudian selesa dengan peninggalan yg ditinggalkan.

Hidup ini sementara, namun sesaat kita di dunia nilainya amatlah berharga.  Sesaat yg kita lepaskan x mampu untuk dibeli dengan lautan emas sekali pun.  Tanpa kekuatan d dunia, bagaimna kita mampu mencapai kbahagiaan d akhirat.






Melengkapi

 
 
 
 
 
Kalian begitu bermakna dalam hidup.

Alhamdulillah, aku bersyukur kpd Allah S.W.T  kerana menghidupkanku atas muka bumi ini.  Aku bersyukur kerana menurunkanku d atas muka bumi, dalam ngara yg aman, drpd keluarga yg penyayang.  Ak bersyukur ya Allah kerana memberiku peluang untuk menjadi khalifah d muka bumi ini.  Sejujurnya itu bukan tanggungjawab yg mudah namun aku dengan berjanji dengan nama-Mu, akan melaksanakan segala amanah-Mu dengan baik sekali. Aku janji itu selagi jantungku berdenyut.  

Terima kasih kpd smua yg telah bnyk membantuku untuk mnjalani kehidupan ini dgn begitu baik sekali.  Terima kasih kpd kedua ibu bapaku yg menjaga, mengasuh, mendidik, menyayangiku sejak kecil hingga kini.  Mendidik ku tentang kehidupan.  Terima kasih kpd guru-guru, pensyarah, sahabat handai, rakan taulan, penasihat-penasiaht persatuan, AJK2 persatuan yg sentiasa bersamaku dalam menjayakan cita-cita. Terima kasih juga kepada seluruh alam kerana berkerjasama baik denganku sepanjang hidupku ini. 

Terima kasih kepada masalah kerana telah memberikan peluang pada masa yg sma menjadi guru tentang kehidupan ini.  Terima kasih kpd kepahitan hidup kerana mengajarku tentang ketabahan.  Terima kasih kepada kesedihan kerana menjadikan aku semakin tabah dalam menjalani kehidupan.  Terima kasih kpd kegagalan kerana mengajar aku bgaimana untuk bangkit.  Terima kasih kepada perpisahan kerana menemukan aku dengan pertemuan. 

Terima kasih juga kepada semua musuh-musuhku kerana engkau telah menemukan aku... Apakah perjuangan hidupku...

Nampaknya dalam dunia ini, ramai yg telah melengkapi hidupku... Terima kasih semua...
Terima kasih yg x terhingga...

::Ramai lagi ak x smpat nk ucap trimas... Trlalu bnyk::

Sunday 27 May 2012

Maafkan aku


Perpaduan 


Sudah beberapa hari di rumah...
Setelah beberapa bulan d UiTM Cawangan Kelantan...
Akhirnya aku pulang ke pangkuan keluarga...
Walaupun untuk seketika...
Suungguh bahagia...

Cuma alam ini aku tergerak untuk menulis...
Mungkin x ramai yg membaca...
Tapi x kisahla...
Aku terkenang nasib saudara-saudaraku...
Yg berada d luar negara...

Sungguh berbeza keadaan saudaraku d Malaysia dan di luar sana...
Sangat berbeza...
Di sini...
Kita diulit kemewahan...
Di sini...
Kita diulit hiburan...
Di sini...
Kita diulit kebahagiaan
Dengan gelak tawa... dengan kebebasan...

Namun di sana...
Mereka diulit penderitaan...
Di sana...
Mereka bergelumang penderitaan...
Di sana...
Mereka menunggu kematian...
Penuh tangisan... dan air mata...

Setiap hari, akan ada berita pembunuhan...
Setiap hari, akan ada berita kematian...
Maruah mereka iabarat tiada nilainya...
Sungguh melaupaui batas kemanusiaan...
Sungguh aku membenci perbuatan mereka...
Yang sejujurnya telah membakar hati ini...
Untuk aku membantu mereka...
Dengan segala kudrat yang ada...

Namun...
Apakah dayaku...
Apakah yang mampu aku sumbangkan kepada mereka?
Hari ini...
Aku hanya mampu memberi kata-kata kebencian kepada kekejaman...
Aku hanya mampu memberi doa kepada saudaraku...

Insya-Allah...
Bersabarlah saudara-saudaraku yang kukasihi...
Walaupun kita tak pernah bertemu wajah...
Namun, aku berjanji dengan nama Allah...
Aku berjanji kepada dunia...

Nantikan sumbangan yang hebat...
Nantikan perjuangan yg sebenarnya...
Nantikan perpaduan umat yang padu...
Nantikan bala tentera drpd seluruh dunia...

Akan kuusahakan...
Walaupun bukan aku yang menempurnakannya...
Namun akulah salah seorang yang mengusahaknnya dengan sepenuh hati...

Tunggulah... Satu hari nanti...

Maafkan aku, saudara...
Aku tidak mempunyai kekuatan yang besar untuk membantu...

Pada hari ini...



Kita perlukan kekuatan yg sebenar...  Buangkan ego, demi kesejahteraan dan kegemilangan Islam















Thursday 17 May 2012

Al-A'raf:179






Dalam sehari, berapa kali kita meluangkan masa untuk berfikir tentang kekuasaan Allah S.W.T
Saya ingin menyampaikan sebaris ayat...


Surah Al A’raf, Ayat 179

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ada akal fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar...

jangan jadi melayu yang selekah jang... Tolong susun apa dalam fikiran 2 jang...  (Osman Buyong, 2008)

Wednesday 16 May 2012

Kecelaruan



Menjelangnya bulan kemerdekaan, ramai yang berebut-rebut untuk menaikkan jalur gemilang.  Menandakan cinta kepada tanah air dan bersyukurnya negara kita memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 yang lalu.  Ada yang menempah bendera khas jalur gemilang untuk organisasi masing-masing hingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit.  Bendera gergasi yang dinaikkan menjadi satu kemegahan kepada si pemiliknya.  Alangkah beruntungnya jika semua kita semua mempunyai semangat yang sama besar dengan bendera yang kita naikkan itu.  namun, apa yang berlaku hari ini, menaikkan jalur gemilang seperti satu budaya yang berlaku pada setiap tahun.  Kita lakukan tanpa kita mengetahui maksud disebaliknya.  Kita melaungkan laungan MERDEKA pada malam 31 Ogos pada setiap tahun namun.... Adakah kita menjiwai erti kemerdekaan itu?  Adakah kita meletakkan usaha yang tinggi dalam kehidupan kita untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini?  Adakah laungan MERDEKA kita itu merupakan satu laungan yang datangnya daripada jiwa atau pun sekadar sorakan biasa?  Adakah jalur Gemilang yang kita kibarkan melambangkan semangat cinta kita kepada negara atau sekadar penentu status hidup?  Adakah kita boleh dikatakan merdeka jika pemikiran kita masih dibelenggu oleh ideologi-ideologi yang kita sendiri tidak tahu dari mana usulnya?  Adakah jiwa kita merdeka jika kita membawa ideologi yang bercanggah dengan hukum Islam?  Bukankah kita telah meletakkan Islam sebagai landasan hidup...  Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar melalui landasan tersebut...

Jalur Gemilang 


Post pada kali ini, saya ingin membawa saya dan anda semua berfikir... Adakah kita memahami tujuan setiap perkara yang kita lakukan pada hari ini.  Adakah kita tahu apakah sebab kita melakukan sesuatu perkara?  Adakah setiap perkara yang kita lakukan adalah kerana satu arahan atau datangnya daripada kehendak dan kesedaran diri sendiri?  Ingatlah, mereka yang merdeka ialah mereka yang mampu berfikir dan bertindak kerana mereka tahu sebab apa mereka bertindak. 

Saya mempunyai beberapa persoalan yang ingin diketengahkan...

1.  Apakah tujuan kita ke sekolah?
2.  Apakah tujuan kita menuntut ilmu?
3.  Apakah tujuan berkerja?
4.  Apakah tujuan kita berkahwin?
5.  Apakah tujuan kita diturunkan ke bumi?

Cukuplah 5 persoalan ini untuk dipersoalkan...  Jika anda mampu menjawab persoalan ini daripada lubuk hati anda sendiri, saya ucapkan tahniah kerana anda mengetahui tujuan anda berbuat demikian.  

Merdekakah pemikiran kita?


Saya hanyalah seorang manusia biasa.  Cita-citaku amatlah besar. Ingin menyatukan seluruh bangsa Melayu di tanah air ini.  kadang-kadang aku rasakan ia sesuatu yang mustahil kerana aku sedar aku bukanlah sekuat mana.  Namun, semangatku memapahku untuk mencapai cita-citaku.  Doa ibuku selalu mengiringi perjalananku.  Aku tidak mampu membaca fikiranmu, tetapi aku tahu apa yang kemu fikirkan... Melalui tindakan yang kamu lakukan....

Tuesday 15 May 2012

Topeng



Topeng = Luaran = Tidak kekal = Bukan jiwa

Kita seringkali menilai manusia berdasarkan topeng yang mereka pakai


Apakah asas yang kita letakkan untuk menilai seseorang?
Adakah pada agamanya?
Adakah pada rupanya?
Adakah pada pangkatnya?
Adakah pada kerjayanya?
Atau pun pada pakaiannya?
 
Kebiasaannya, kita akan menilai seseorang itu sejak pertama kali kita melihat seseorang itu.  
Apabila anda ke sesuatu majlis rasmi contohnya, datang seseorang lelaki yang tinggi tubuhnya, manis mukanya dan ramah percakapannya mendekati anda, anda pasti membuat penilaian terhadap lelaki tersebut.  Dalam fikiran anda, dia pasti merupakan seoarang yang baik, berpengaruh dan berpendidikan tinggi.  

Datang pula seoarang lelaki yang biasa sahaja pakaiannya, bertubuh rendah, dan duduk bersendirian di satu ruang di dalam dewan, anda pasti juga akan membuat penilaian pertama terhadap lelaki tersebut.  Mungkin lelaki itu seorang kurang berpengaruh dan berpendidikan sederhana.  

Dalam soal mencari pasangan hidup, mungkin sebahagian daripada kita pernah ditanya ditanya apakah ciri-ciri suami atau isteri pilihan hati.  Sebahagian daripada kita mungkin menjawab "saya mahukan seseorang yang sentiasa berpenampilan kemas, rambut disikat rapi, tinggi dan dan bertubuh sasa."  Mungkin sebahagain daripada kita akan menjawab, "saya mahukan seseorang isteri yang bertudung, berbaju kurung dan cantik penampilannya...

Ini yang menjadi persoalan bagi saya.  Mengapakah kita meletakkan ciri-ciri luaran semata-mata untuk menilai seorang manusia?  Mengapa jarang kita meletakkan ciri-ciri dalaman seperti apakah ideologinya, cara berfikir, cara bertindak, akhlaknya dalam menilai seseorang manusia?

Adakah seseorang itu hanya boleh diangkat sebagai seorang pemimpin hanya kerana penampilannya?
Adakah seseorang itu boleh dikatakan jahat kerana mukanya yang bengis?
Adakah seseorang itu boleh dikatakan bahagia hanya kerana hartanya bertimbun?

::Aku bukan mencari seseorang yang hebat luarannya semata-mata, tetapi aku menilai sifat dalamannya sebagai sesuatu yang utama::

Sesuatu yang bersifat luaran mudah diubah, tetapi jiwa, sampai mati pon ia kekal


Friday 4 May 2012

Penjajahan Minda




Petang tadi terbaca satu artikel di akhbar Berita harian bertarikh 3 Mei 2012
Bertajuk...

Amal budaya barat dianggap moden.
Resapan secara halus menyebabkan masyarakat tidak sedar fikiran dijajah.
Tulisan Nur Munirah Muhd Fadzir


Dalam banyak-banyak isu yang di paparkan di dada akhbar, ini merupakan isu yang menarik untuk dibaca, difahami dan dikaji.  Sedang penulis-penulis lain sibuk bercerita isu politik, ekonomi, negara dan sebaginya, saya tertarik untuk membaca artikel yang ditulis oleh Nur Munirah Muhd Fadzir.

Pada hari ini, mengamalkan budaya barat dianggap moden, canggih dan maju...
Bersosial cara barat dianggap perkara biasa dalam kehidupan...
Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dianggap kuno dan ketinggalan zaman...

Pada hari ini, mengamalkan budaya barat dianggap moden, canggih dan maju...
Memakai kemeja, jeans, tali leher dianggap fesyen yang membanggakan
Memakia kopiah, serban, jubah, dianggap kuno dan 'kampung'.

Negara kita memang sudah bebas daripada penjajahan namun pemikiran kita masih dikawal oleh satu ideologi yang bakal membinasakan...  Cara hidup kita semakin jauh daripada landasan Islam.  Cara hidup kita seperti masih lagi dikawal oleh pemerintahan barat. 

Minda kita masih dijajah...
Kita belajar sekadar untuk mencari perkerjaan yang selesa semasa dewasa kelak... Sedangkan tujuan hidup bagi umat Islam ialah beribadah dan berdakwah...  kaum Adam sepatutnya mempunyai tanggungjawab fardu kifayah yang besar terhadap masyarakat iaitu membimbing dan membantu masyarakat dalam kehidupan...  Namun hari ini, kedudukan lelaki dan wanita seperti sama dalam masyarakat.  Keduanya mencari rezeki bagi keluarga masing-masing dan masyarakat dibiarkan terabai.  Kes pembuangan bayi, masalah sosial yang menjadi-jadi, zina... Siapakah yang perlu bertanggungjawab?  Pemimpin negara sahajakah?  Bukankah setiap manusia yang diturunkan ke dunia bertanggungjawab sebagai seorang khalifah?  Bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat?  namun, minda kita sudah dijajah... Hidup kita disetkan untuk mencari kesenangan sendiri. 

Minda kita masih dijajah...
Semasa kecil kita didik supaya membaca....
Tuntutan agama yang pertama juga ialah membaca...
Namun, apakah perkara yang menjadi bahan bacaan kita?
Buku-buku yang ditulis oleh penulis yang kita sendiri tidak tahu apakah ideologinya, apakah agamanya...
membawa kita mengikut cara mereka tanpa kita sedari.  Mereka menyampaikan ideologi mereka melalui penulisan.  membawa hujah yang mempu menarik kita kepada cara hidup mereka.  Kita mudah terpengaruh jika kita tidak mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.  apakah pegangan hidup utama kita?  Apakah rujukan utama hidup kita kalau bukan Al-Qur'an dan Hadis?  Namun, berapa ramai antara kita yang membaca dan memahami al-Qur'an. Dan berapa ramai pula yang membaca buku-buku karangan manusia yang kita sendiri itidak tahu ideologinya...

Minda kita masih dijajah...
Dan akan terus dijajah...
Melalui berbagai cara dan sudut...
Media massa digunakan sepenuhnya bagi menyebarkan ideologi-ideologi yang merosakkan jiwa...
Beberapa rancangan agama dan ilmiah digunakan sebagai menutup matlamat utama penyebaran ideologi ini...
Selebihnya...
Fitnah, penipuan, hasutan, penyerapan budaya barat disebarkan melalui media massa.
Kesannya, akhlak masyarakat semakin runtuh, masalah sosial menjadi semakin teruk, masyarakat bertelagah dan berpecah, agama islam bukan menjadi cara hidup.

Minda kita masih dijajah...
Namun sampai bila?