Saturday 28 April 2012

Kita semakin lemah

Suburkanlah pokok2 fitnah hingga daunnya menutupi hati kalian tentang apa itu erti perpaduan

Inilah yang berlaku pada hari ini...
hakikat yang sedang berlaku dan mungkin berterusan hingga negara kita lingkup...
dek kerana kita mempunyai cara dan pandangan yang berbeza...
walau pun hakikatnya kita mempunyai wawasan yang hampir sama...

Egonya kita, mahu bertindak sendiri...
tanpa mahu berkerjasama dengan yang lain...
walau pun kita semua mempunyai pegangan akidah yang sama...
mempunyai darah yang sama warnanya
pertuturan yang sama bahasanya

Mengapa kita jarang melihat pada persamaan
persamaan yang menyatukan hati kita semua
mengapa kita sering melihat kpd perbezaan yang memecahbelahkan
mengapa kita tidak melihat perbezaan sebagai satu kebijaksanaan
kebijkasanaan untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza
mengapa kita melihat perbezaan sebagai satu jurang

Kenalilah siapa musuh sebenar kita
bukan mereka yang mencaci
bukan mereka yang membenci
tetapi mereka yang menanti
saat tersungkurnya kita jatuh

Cukuplah  bercerita denganku erti perjuangan kalian
bagiku ia satu wayang
sekadar melengkapi lakonan pentas dunia

Sampai bila ini harus terjadi?

::Stress melihat apa yang berlaku hari ini, aku bertekad untuk mengubah semua ini walau pun aku sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah... Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan...::



Monday 23 April 2012

UiTM di Hatiku




Logo Universiti Teknologi MARA

Lirik yang begitu mendalam maksudnya...
Jika diteliti, difahami...
Ilmu itu amatlah luas...
Bukan sekadar pointer...
ye... Aku berjanji
Akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara...
Walau pun aku sedar...
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah...
akan kusempurnakan seikhlas hati
Semoga UiTM terus melahirkan bangsa Melayu yg memperjuangkan kedaulatan Agama, bangsa dan negara...


Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmu-Mu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.


Thursday 12 April 2012

Rebung


Pada malam ni hajatnya nak bercerita tentang sistem berpolitik zaman Khulafa Arrasyidin...
Saya baru baca sebuah buku berkenaan sistem politik zaman sahabat. Sangat menarik.
Tapi jika isu itu dikupaskan, memang panjang lebarlah jawabnya...
Oleh itu, saya cuma nak berkongsi satu cerita berkenaan sejenis tumbuhan...
Anak buluh atau rebung.

Rebung

Kenapa nak cerita pasal rebung? Pernah dengar x satu peribahasa... 'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya?' Maksudnya ingin mendidik seseorang biarlah daripada kecil, baru mudah dididik. Hehehe... Betulla, masa masih rebungla kita nak melentur. Bila dah jadi buluh, sukar untuk dibentuk, jika dipaksa juga, patahlah jawabnya. Rebung sifatnya mudah dilentur, tidak menyakitkan, kecil dan ringan...

Tapi malam ni, saya bukan hendak bercerita tentang makanan, tetapi saya ingin berkongsi pendapat tentang manusia.... Sikap manusia...
Ramai orang berkata, masa muda lah elok kita diajar. Kita dididik daripada kecil untuk menabung. Kita dididik daripada kecil untuk menghormati orang tua. kita dididik daripada kecil untuk mencintai ilmu...

Namun, bukan semua apa yang kita dipelajari sejak kecil kita aplikasikan sehingga kita dewasa. mengapa? Kerana itu fitrah semulajadi manusia. Kita mudah dipengaruhi. kita mudah dikawal oleh sekeliling. Apabila kita mula menerima persekitaran yang baru, kita cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut pada masa yang sama kita mula lupakan apa yang kita usahakan sejak kecil dahulu.

Kita selama-lamanya adalah rebung. Takkan menjadi buluh. Apabila kita diasak dengan persekitaran yang baru, kita sering berubah. kita mudah dilenturkan oleh keadaan sekeliling yang begitu menekan kehidupan seharian. Kadang-kadang kita berfikir, adakah aku sedang mengawal dunia atau dunia yang sedang mengawal aku?


Buluh

Hanya mereka yang kuat dan tabah mampu mengawal keadaan ini.. Mereka yang mempunyai jati diri yang kuat boleh diibaratkan seperti buluh. Buluh sikapnya keras, takkan berubah walaupun sekuat mana angin bertiup.. Sukar untuk dibentuk dan sukar untuk ditumbangkan. Bgitulah juga dengan manusia. Manusia yang mempunyai jati diri yang unggul takkan mudah terpengaruh dengan perkara negatif, imannya takkan goyah dan tegas dalam pendirian. Walau sehebat mana cabaran, sehebat mana godaan dunia, merka tetap dengan perjuangan yang satu...

Jadi, di manakah taraf kita? Masih rebung atau buluh?


Monday 9 April 2012

Keberanian Berjuang




Aku tidak gentar menghadapi kemarahan
Aku tidak gentar menghadapi cacian
Aku tidak gentar menghadapi kejian
Aku tidak gentar menghadapi ejekan
Semuanya ini kulakukan demi membina masa hadapan
Masa hadapan yang memberi harapan
Harapan yang membentuk satu impian
Impian kita bersama
Bagi mengubah destini anak bangsa...

Muhamad Izzuddin Bin Azal

7 Mei 2011

Nota:

Sesungguhnya aku sedar... Untuk melaksanakan satu idea yang besar bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabaran dan liku-liku yang terpaksa dihadapi bagi menjayakan sesuatu idea itu. Matlamat hidupku bukan sekadar kesenangan peribadi. Matlamat hidupku ialah membentuk perpaduan bangsa Melayu Islam seterusnya membentuk perpaduan agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita belajar daripada alam? Bayi pada mulanya meniarap sebelum merangkak, merangkak sebelum berdiri, berdiri sebelum berjalan, berjalan sebelum berlari... Begitu jua dengan perpaduan. Bagaimana kita mampu membina perpaduan dalam kelompok yang besar sedangkan membentuk perpaduan daripada kelompok kecil masih menjadi masalah bagi kita.

Aku juga akui, ianya bukan mudah kerana tentangan dan halangan sentiasa mengekoriku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah, tuhan yang maha mendengar, maha mengetahui, maha kuasa... kerana memberikan aku semangat dan kekuatan hingga ke hari ini... Bagi menjayakan matlamat hidupku...

Saturday 7 April 2012

Ilmu


Malam ni saya ingin berkongsi pendapat tentang ilmu...
Ilmu, sesuatu yang kita anggap penting dalam kehidupan.
Tanpa ilmu, gelap lah masa depan kita...
Dengan ilmu, masa depan kita akan cerah,
Dari kecil kita diasuh supaya menuntut ilmu...
Dalam agama Islam juga, Ilmu merupakan salah satu tuntutan...

Ilmu penyuluh jalan kehidupan

Persoalannya, apakah definisi ilmu? Apakah tujuan kita menuntut ilmu? Apakah manfaat ilmu?

Menurut Mohammad Hatta, Definisi ilmu adalah pengetahuan yang teratur tentang pekerjaan hukum sebab-akibat dalam suatu golongan masalah yang sama sifatnya, baik menurut kedudukannya (apabila dilihat dari luar), maupun menurut hubungannya (jika dilihat dari dalam).

Persoalan: Apakah definisi ilmu bagi anda?
Adakah mendapat semua 'A' dalam semua subjek menandakan anda telah menguasai segala ilmu pengetahuan? Adakah akademik kunci utama ilmu? Adakah keberkesanan ilmu dilihat apabila seseorang mendapat kerjaya yang baik apabila dewasa nanti?

Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

Kursi dalam ayat di atas bermaksud ilmu dan kekuasaan Allah. Jika kita fikir secara logik akal, adakah ilmu di muka bumi itu boleh kita terhadkan hanya kepada akademik semata-mata? Inilah masalah yang berlaku kepada sesetengah generasi muda hari ini. Inilah yang menyerang fikiran mereka. Akademik ialah segalanya... Bukan menidakkan kepentingan akademik cuma saya ingin menegaskan akademik ialah salah satu cabang ilmu daripada 1000 lagi cabang-cabang yang lain.

Ada satu hadis yang mengatakan ' menuntut ilmu biarlah sehingga ke negeri China'. Kenapa China? Kenapa tidak Amerika? kenapa tidak Malaysia? hahaha... Menurut kajian yang dilakukan, pada ketika dahulu, ketika bangsa arab sudah mahir dalam ilmu agama, kepimpinan, di negeri China telah berlaku perkembangan ilmu dalam bidang penenunan, pembuatan kertas dan tekstil... Disini kita boleh simpulkan ilmu itu berbagai. Luas dan bercabang-cabang. Ketika negara Arab mula membentuk kemahiran-kemahiran dalam berdakwah dan sebagainya, negara China telah mula berkembang dengan ilmu pembuatan dan penenunan. Kita juga boleh simpulkan inilah kebesaran Allah yang maha Adil mengagihkan nikmat ilmu-Nya kepada seluruh umat manusia. Dia tidak menurunkan imu itu tertumpu di satu negeri sahaja. Di turunkan ilmu-ilmu-Nya di setiap penjuru alam termasuklah di negara China. Wallahua'lam.


Islam di China

Kita perlu faham, selain akademik, terdapat banyak lagi keperluan dan persiapan yang perlu kita kutip bagi menghadapapi masa depan yang lebih mencabar. Tanggungjawab kita terhadap dunia sebagai khalifah di muka bumi ini semakin hari semakin mencabar. Dengan hanya bergantung kepada ilmu akademik sahaja, saya rasa ia masih belum mencukupi untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar di luar sana.

Apakah perkara lain yang diperlukan selain daripada akademik? Ilmu akhlak, ilmu tauhid, ilmu kepimpinan, ilmu psikologi, ilmu komunkasi, ilmu sosial antara salah satu cabang ilmu yang diperlukan untuk menjadi seorang manusia yang berkualiti.

Apa gunanya menjadi seorang akauntan yang mempunyai pendapatan RM10,000 setiap bulan jika melakukan pecah amanah. Apalah gunanya menjadi seorang hakim, jika tidak berlaku adil apabila diberikan rasuah. Apa guna menjadi seorang CEO sebuah syarikat tetapi tidak mampu mengawal tindak tanduk anak-anaknya di rumah. Apakah guna menjadi seorang arkitek jika tidak pandai menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apa guan menjadi seorang pelajar cemerlang jika sering melakukan maksiat bersama pasangan...
Inikah ciri-ciri ilmuwan cemerlang?

Saya ingin berkongsi pengalaman seorang sahabat, merupakan seorang auditor. Dia diamanahkan untuk mengaudit sebuah syarikat dan didapati akauntan syarikat tersebut telah menggelapkan wang syarikat sebanyak RM4,000,000.00. Hebat kan? Ciri-ciri ilmuwan kan? Ada ilmu perakaunan, gelapkan wang syarikat. Siap bagi rasuah lagi... Macam mana Malaysia nak mencapai taraf negara maju? Macam mana bangasa kita hendak berjaya? bagaimana Islam mahu dipandang tinggi jika kelakuan umatnya sebegini?

Kesimpulannya, saya ingin mengajak anda berfikir, apakah wawasan hidup kita? Dan gunakanlah ilmu itu untuk mencapai wawasan murni tersebut.. Carilah ilmu sehingga akhir usia kerana ilmu itu tidak akan habis... Lagi banyak pengetahuan kita, semakain banyak dan besar perasaan ingin tahu kita...

Satu perkara yang lebih penting, carilah kepelbagaian ilmu. Ia bukan sekadar akademik semata-mata. Ianya sungguh meluas. Jangan belajar ilmu hitam sudah...







Friday 6 April 2012

Panduan hidup


Sejak kecil kita dididik agar rajin membaca. Sesungguhnya membaca merupakan satu tuntutan agama. Cuba kita kaji semula, mengapa surah pertama yang diturunkan kepada baginda Rasullullah s.a.w menyeru umat manusia membaca? 'Iqra'. Mengapa membaca dan mengkaji merupakan tuntutan pertama kepada baginda? Bukannya beribadah?
salah satu jawapan yang saya kenal pasti ialah kerana apabila kita membaca, kita akan memperoleh pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, akan datangnya kefahaman. Dengan adanya kefahaman, maka timbulnya rasa ingin tahu tentang perkara tersebut. sifat ingin tahu tersebut membuatkan kita begitu ghairah untuk mencari lebih banyak informasi tentang sesuatu perkara dan inilah yang dinamakan kajian.

Cuma pada malam ini saya ingin membawa anda berfikir apakah bahan-bahan yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan apa kesannya kepada ideologi kita. saya ingin bangkitkan satu persoalan... Apakah sumber-sumber bacaan kita pada setiap hari? Adakah akhabr? Majalah? Buku-buku akademik? atau pun novel... Tidak pun...



Al-Qur'an

Hakikat pada akhir zaman ini, manusia lebih gemar menjadi hamba kitab kepada kitab-kitab karangan manusia berbanding menjadi hamba kitab Al-Qur'an. Jika kita katakan Al-Qur'an merupakan panduan utama hidup kita, mengapa kita tidak lakukan sedemikian? Mengapa amat jarang sekali masyarakat Islam menghayati isi kandungan Al-Qur'an tersebut. Yang labih mendukacitakan, membaca al-Qur'an jarang dilakukan.

Bagaimana kita boleh akui al-Qur'an merupakan panduan utama kehidupan jika kita langsung tidak ambil peduli tentang isi kandungan ajarannya? bagaimanakah kita katakan al-Kitab sebagai panduan hidup jika membacanya kita hanya lakukan ketika bulan Ramadhan sahaja? bagaimana al-Hudaa kita katakan sebagai panduan hidup jika al-furqan hanya digunakan sebagai barang hantaran perkahwinan sahaja? Dan bagaimana kita boleh katakan al-rahmah sebagai panduan hidup jika al-qur'an hanya kita jadikan perhiasan di dalam rumah...

Disinilah persoalannya... Secara peribadi saya simpulkan banyak masalah berkaitan akhlak, politik, ekonomi dan institusi rumah tangga berlaku kerana kurangnya penghayatan daripada al-Qur'an. kurangnya pelaksanaan sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran.

Secara jujurnya saya perhatikan, sistem pemerintahan, jual beli, mata wang, politik negara banyak dipengaruhi oleh sistem barat. Bukan niat memburukkan sistem daripada barat tetapi hakikatnya sistem yang berlandaskan syarak itulah yang terbaik. Jika kita perhatikan pada hari ini, banyak kesan negatif yang timbul daripada cara hidup dan sistem yang tidak berlandaskan al-Qur'an. Kes pembuangan bayi, zina, rasuah, riba', keruntuhan akhlak, kurangnya perpaduan antara contoh negatif yang kita dapat lihat.


Yang berdaftar sahaja dah mencecah 5 angka...

Isunya sekarang, adakah kita boleh katakan kita seorang yang beriman jika rukun iman yang ke-3 tidak kita imani dengan sebenarnya? Jika tidak kita amalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya? Bolehkah kita kategorikan sebagai seorang yang beriman kepada kitab jika kita masih melanggar larangan-larangan yang terkandung di dalamnya?

Apa yang pasti, satu sahaja rukun iman tidak kita hayati dan amalkan dengan seikhlas hati, maka tidak sempurnalah iman kita.

'Sesungguhnya Kami (Allah) yang menurunkan peringatan itu, dan kami (Allah) yang memeliharanya.'
[Al-Hijr: 9]

::Al-Qur'an terpelihara hingga hari Kiamat::
Selagi kita berpegang kepadanya, selagi itu kita di landasan yang betul.

Matlamat hidup


Saya cuma ingin bertanyakan satu soalan... Apakah matlamat hidup kita di muka bumi ini?

Mungkinkah apabila celik sahaja mata kita daripada tidur, kita berasa kosong dan tidak tahu apa yang kita perlu lakukan pada hari tersebut... Kita rasakan sudah tidak ada satu perkara pun yang boleh kita lakukan pada hari tersebut... Apabila tamat peperiksaan kita rasa satu kebebasan yang amat besar seolah-olah sudah tamat segala perjuangan dalam hidup... Jika anda demikin, anda merupakan salah seorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas... Jadi, mula fikirkan, apakah perkara yang perlu anda lakukan sebagai seorang manusia atas muka bumi ini...



Adakah matlamat kita hanya untuk menjadi seorang akauntan? peguam? jurutera? Mendapatkan gaji yang sangat lumayan setiap bulan dan beri kepada keluarga dan anak-anak? Adakah harta matlamat kehidupan anda?

Adakah matlamat hidup kita di muka bumi sekadar untuk memiliki pendidikan akademik sehingga taraf pHD dan kita boleh pamerkan pHD tersebut di dinding rumah kita? Adakah status dan darjat ketinggian ilmu akademik matlamat hidup anda?

Adakah matlamat hidup kita di muka bumi ini untuk mendapatkan sanjungan manusia seluruh alam dengan menurut segala keinginan hati mereka dengan hiburan dan keseronokan semata-mata? Adakah sanjungan manusia matlamat hidup anda?

Jadi, apakah matlamat hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini sebenarnya? Cuba kaitkan ayat al-Qur'an di bawah ini... Apa yang anda fikirkan?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah al-Baqarah:30]

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.' [Surah al-A'raf:179]

Persoalannya... Apakah matlamat hidup kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini... Dengan adanya matlamat ataupun wawasan, baru lahirnya usaha... Dengan adanya usaha, maka akan lahirnya hasil... Dengan adanya hasil, maka hasil tersebut bolehla dinikmati oleh anda sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa mahu pun negara...

Boleh disimpulkan disini, matlamat merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan kita. Untuk melaksanakan sesuatu perkara pun, kita tetap perlukan matlamat. Jika kita perhatikan, setiap perusahaan yang besar dan berjaya mempunyai matlamat atau pun visi perniagaan masing-masing.



Setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai objektif atau pun matlamat penubuhan. matlamat yang dibina itu juga haruslah jelas kerana matlamat yang jelas boleh diibaratkan sebagai lampu yang menyinari kegelapan. Jika matlamat kita tidak jelas maka pelaksanaan kita juga turut kabur dan mudah menyimpang.

Sebagai penutup bagi penulisan pada malam ini, saya ingin mengajak anda untuk membina matlamat hidup yang jelas dalam kehidupan. Jika kita tidak mampu untuk membina matlamat jangka masa panjang, sudah memadai jika kita mulakan dengan membina satu matlamat jangka masa pendek sebagai permulaan....
Beribu langkah perjalanan semestinya dimualakan dengan langkah pertama... Anda yang menentukan destinasi dan haluan langkah anda...


Thursday 5 April 2012

Dewasa


Hmm... Malam ni tiba-tiba teringat zaman bersama sahabat-sahabat seperjuangan... baru sahaja beberapa hari meninggalkan sebahagian daripada mereka tapi rasa sayu itu sangat menebal dalam diri ini... Jadi, malam ni aku ingin kongsikan satu nukilan yg x beberapa hebat kepada anda... Satu nukilan yang ditulis ikhlas daripada hati... satu nukilan yang telah lama disimpan dalam netbook tapi hari ini baru ada peluang untuk dikongsikan...


Dewasa

Dahulunya... Aku mula mencari

Dahulunya... Aku mula melangkah kaki

Dahulunya... Aku hidup sendiri

Dahulunya... Aku seorang seki


Tiada yang mengenaliku

Melainkan sahabat yang setaraf denganku

Tiada yang bersamaku

Melainkan yang ikhlas berjalan denganku


Kini... Usiaku dibawa masa

Jasad dan jiwaku semakin dewasa

Langkahku semakin perkasa

Membawa amanah maha kuasa.


Muhamad Izzuddin bin Azal

14 Januari 2012


Nota:

Sajak ini dikarang apabila teringatkan zaman aku menjadi seorang sekretariat 2 tahun yang lalu. Kini aku merupakan seorang YDP kolej. Tanggungjwabku jauh lebih berat berbanding tahun-tahun yang lalu. Betapa... untuk mencapai satu tahap kecemerlangan, banyak pengorbanan, kepayahan terpaksa dihadapi... Aku juga teringat, aku datang ke sini tanpa ditemani ibu... Hanya doanya mengiringi perjalanku ke sini. Dengan niat yang satu iaitu mencari ilmu dengan cara yang hakiki. Alhamdulillah... kini aku semakin matang dalam menempuh kehidupan... Aku mula mengenali erti kehidupan, persahabatan, pengorbanan dan...perjuangan.

Wednesday 4 April 2012

Izzuddin itu Kemuliaan Agama


Untuk memulakan sesuatu perkara, elok kiranya kalau dimulakan dengan pengenalan diri. Adalah tidak manis jika kita mengutarakan pelbagai pendapat tetapi merahsiakan identiti diri daripada masyarakat. Ini mungkin boleh menjadi fitnah kepada diri saya sendiri terutamanya...
Berikut merupakan sedikit tentang diri saya...




Nama: Muhamad Izzuddin Bin Azal
Muhamad= Yang Terpuji
Izzuddin= Kemuliaan Agama

Tarikh Lahir: 18 Mac 1991 bersamaan 2 Ramadhan 1411 H pada hari Isnin.

Warganegara: Malaysia

Bangsa: Melayu

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Wawasan Hidup: Mencari Keredaan Allah S.W.T dengan berusaha menyatupadukan seluruh bangsa Melayu di malaysia terutamanya seterusnya menyatupadukan seluruh umat Islam di muka bumi melalui kepimpinan, harta dan keupayaan mempengaruhi masyarakat.


Facebook: Muhamad Izzuddin Azal

Mungkin ini merupakan sedikit sebanyak tentang maklumat diri saya...
Insya-Allah, selepas ini saya akan mengetengahkan beberapa isu yang mungkin kita pandang remeh tetapi sebenarnya memberi erti yang besar jika kita hayati dan fahami dengan jelas.
Saya ingin mengajak kita semua berfikir tentang kehidupan supaya kita lebih jelas dan faham apakah tujuan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Insya-Allah...

Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut dengan membawa apa yang bermanfaat buat manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit yang berbentuk air, lalu dengan air itu, Allah menghidupkan bumi sesudah ianya mati (kering) dan Dia sebarkan di bumi akan segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-tanda (kewujudan, keesaan dan kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (berfikir).
[Surah Al-Baqarah: 164]





Tuesday 3 April 2012

Pertama kali


Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.

Alhamdulillah, hari ini aku telah membuat satu lagi perubahan baru dalam hidup... iaitu membina blog...

Pada mulanya aku tidaklah berminat untuk membina blog ni kerana aku tidak tahu apa kepentingannya... Apa kebaikannya, apa faedahnya...

Ianya bermula pada suatu pagi... Lebih kurang jam 1 pagi... Ada seorang sahabat memperkenalkan aku dengan dunia blog ni... katanya segala idea yg tersimpan di kepala 2 boleh la dikongsikan... Blog juga boleh menjadi agent dakwah... Hm... Segala penemuan2 boleh la dikongsikan... Dan sejujurnya aku suka membuat kajian2 tentang kehidupan, dunia islam serta musuh-musuhnya, ekonomi, sejarah, kaitannya dengan dunia hari ini, rahsia sebalik kehidupan manusia, psikologi manusia, hati dan perasaan... ia merupakan sesuatu yang sangat menarik sebenarnya untuk dikaji... Apa yang dapataku simpulkan setakat ini, segala perkara dimuka bumi ini ada hubungkaitnya...

Sejujurnya, aku meletakkan kajian ini sebagai perkara penting dalam hidup ini... Kerana aku fikirkan ianya merupakan satu keperluan... Bagi memenuhi matlamat hidupku..


Jadi, segala penemuan yang aku simpulkan bolehla aku kongsikan d cni yep...
Itulah hajatnya...
Semoga ia boleh memberi impak positif kepada semua yang membaca dan segala maklumat yg bakal dikongsikan dapat dibincangkan untuk perkongsian ilmu yang lebih banyak lagi...
Insya-Allah...