Friday 15 June 2012

1 tujuan





Jika kita cintakan manusia kerana kecantikannya, bila kecantikan luntur, maka lunturlah cinta itu

Jika kita cintakan manusia kerana darjatnya, bila jatuh kedudukannya, maka lunturlah cinta itu
Jika kita cintakan manusia kerana hartanya, bila berkurang hartanya, maka lunturlah cinta itu
Jika kita cintakan manusia kerana kelunakan suaranya, bila hilang kelunakan itu, maka hilanglah cinta itu


Maka cintalah seseorang itu kerana Allah, kerana Allah itu hidup selamanya... Maka cinta itu akan kekal selamanya hingga akhirat...

Apakah yg dimaksudkan dengan cinta kerana Allah? Ap yg dimaksudkan hidup ini kerana Allah?  Segalanya kerana Allah.  Iaitu segala perbuatan, perkara yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapat keredaaan Allah S.W.T.  Kita hidup kerana Allah.  Bermaksud kita hidup untuk berjuang di jalan Allah.  Untuk menjadi hamba kepada-Nya.  Oleh itu, mulai saat ini, mari kita ubah mentaliti kita... bahawasanya... segala tindak tanduk kita hari ini, hidup mati kita adalah hanya kerana Allah semata-mata.  Insya-Allah... kesannya, kita dapat meminimumkan perbuatan mungkar dalam kehidupan...  

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.


1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete