Wednesday 31 October 2012

Momok



Satu perkara yang aku pelajari selama 21 tahun aku menetap di atas muka bumi yang indah permai ini, beberapa perkara yang kadang-kadang membatasi pergerakan dan kehidupan kita.  Kita sering dimomokkan oleh cerita-cerita yang kadang-kadang pencerita tersebut tidak pernah alami... Itulah kisah momok...  Ceritanya seram dan menakutkan tapi tidaklah seburuk yang disangka.  Sebenarnya indah rupa daripada khabar(peribahasa baru).

Apa yang aku cuba sampaikan bukanlah berita mengenai kelibat entiti bukti tetapi aku ingin sampaikan bukti kita manusia mempunyai firasat kemanusiaan yang sama.  Jiwa berkasih sayang yang sama.  Cuma mungkin kerana kekoloton dalam menerima berita atau ceteknya cara kita menilai sesuatu kaum, kita dipengaruhi ketakutan ini.

Sepanjang 21 tahun kehidupanku, aku telah merantau ke banyak tempat, berjumpa ramai kenalan, bercampur dengan berbagai kaum.  Dan itu meruakan satu hikmah...  bagi mereka yang terbuka hati dan akalnya.  Apabila kita bercakap tentang negeri Kelantan... mungkin ramai yang akan berfikir tentang ini:



atau



Ini mungkin gambaran sesetengah masyarakat bukan kelantan terhadap negeri Kelantan.  Mereka miskin, assabiah atau pun kasar.  Ini bukan rekaan kerana saya ada beberapa orang kenalan yang anti dengan masyarakat Kelantan sedangkan menjejakkan kaki ke sana pon tidak lagi...  Ini la yang dinamakan penetapan minda.  Mindanya telah di set sebegitu hingga satu tubuh dan jiwanya mengikut keinginan mindanya.  hakikatnya, sepanjang 7 semester aku belajar di sana, aku bergaul dengan masyarakat di sana, tinggal sebumbung dengan orang tua di sana melalui program Operasi Khidmat Masyarakat, ternyata apa yang dimomokkan selama ini adalah TIDAK BENAR.

Sebenarnya, banyak kedamaian, keharmonian, perpaduan dapat dilihat di sana.  Ternyata kini aku merindui kenangan-kenaganku di sana.  Bersama rakan-rakan, staf dan semua yang banyak membantuku sepanjang aku berada di Kelantan.  Secara tak langsung aku berjaya membuang sifat perkauman, berpuak-puak dalam kehidupan ini.  Aku juga sedar sememangnya manusia itu mempunyai jiwa kemanusiaan yang sama.  Ingin berkasih sayang dan dihargai.

Cuba hayati maksud petikan ayat al-Qur'an di bawah.

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (al-Mulk:15)

X kisah drmana ko berasal... selagi ko beragama Islam... ko saudaraku...




2 comments:

  1. ececece....promote gmbr sdri plak..(lupa ni kan blog kau)
    but i absolutely agree with u...
    nk kutuk2 my Kelantan yg tercinta ni meh lar jenguk2 sikit...
    xpernah lg yg dtg tu ckp klntn ni xmembangun sprti yg di uar2kan~

    ReplyDelete
  2. Amboih kau...
    Ko 2 bila nk dtg Negeri Sembilan je
    Cakap saje x guna
    HAhaha

    ReplyDelete