Friday 2 November 2012

Kerjaya; Wang atau minat?



Satu ketika sahabatku bertanya.  Kita semua bekerja kerana apa?  Sebab minat atau pon sebab wang?  Bagiku ia sesuatu yang subjektif.  Yela, dah tentu ada yg bekerja semata-mata kerana wang  dan ada pula yang bekerja kerana minat.  Ada juga yang bekerja kerana sebab-sebab yang kita sendiri tak tahu apa sebabnya.  Nak ngejas awek ke, nak menilai cara hidup sesebuah masyarakat ke, nak mencari pengalaman ke...  Ianya subjektif.  Terpulanglah bagi setiap individu asalkan ia tidak menyalahi hukum syarak dan undang-undang negara.

Kenapa anda memilih kerjaya tersebut?

Hari ini aku cuma ingin kongsikan mengapa saya memilih sesuatu kerjaya itu mengikut keutamaan.  Jujur dari lubuk hati niatku bekerja yang utama ialah untuk pencari pengalaman atau ilmu.  Bagiku ilmu itu pengetahuan.  Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara dengan baik kalau tidak dengan menyelami sendiri kehidupan tersebut.  Mengapa aku memilih kerjaya sambilan di restoran Pizza Hut sedangkan aku ditawarkan gaji menjejah RM1000++ di bawah syarikat Samsung.  Ye!  walau pun gaji seorang pembuat pizza hanya lebih kurang RM600, tapi aku suka keadaan kerja tersebut.  Setiap kali aku bekerja di outlet Pizza Hut Centre Point, Seremban, (ini kali ke 3 ak bekerja sebagai part timer) aku akan berjumpa dengan orang-orang baru. Ini bermaksud, aku boleh mengenal cara hidup manusia.  Yelah, lain manusia, lain la caranya.  Yang lain itu kita nak selami.

Keduanya, sebab minat.  Aku minat kepimpinan.  Aku usahakan sesuatau yang boleh mengasah bakat kepimpinanku.  kepimpinan tak bererti digunakan untuk golongan atasan sahaja kerana ia subjektif.  Ia boleh digunapakai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira apa taraf pekerjaannya.  Ini realitinya kerana aku lalui.  Aku pernah bekerja sebagai staf tukang pembuat pizza dan ku juga pernah memagang tampuk kepimpinan yang tinggi iaitu sebagai seorang Yang Di-pertua Majlis Tertinggi Kolej.  Setelah aku muhasabah, aku sedari, kepimpinan itu dalam diri.  Ia bukan dinilai melalui imej luaran semata-mata tetapi ia juga dinilai melalui cara yang kita kerjakan.  Kelakuan kita melambangkan darjat kepimpinan dalam diri.  Semakin tinggi nilai kepimpinan dalam diri, semakin bijak tingkah laku kita.  Itu seni terpenting, seni memimpin diri sendiri kemudian baru kita boleh masuk soal kepimpinan yang lebih besar.  Babni aku akan cerita lagi dalam ruangan akan datang.  Insya-Allah.

Sebab ketiga, kenapa aku memilih sesuatu pekerjaan itu, ialah gajinya.  Pendapatan merupakan faktor ketiga aku. Yela, aku perlukan duit nk bayar top up, minyak kereta, beli keperluan masuk kampus akan datang.  jadi, perlu la sedikit duit untuk menyara kehidupan sepanjang cuti.  Namun, apa yang paling penting tentang wang ini ialah bagaimana kita membelanjakannya.  Sama ada kejalan kebaikan atau pun sebaliknya.  tak salah nak belanja duit gaji untuk hiburan saudara saudari namun berpada-padala.  Hidup kita di muka bumi ni kan untuk menjadi hamba Allah untuk beribadah kepadanya dan sebagai pemakmur muka bumi.

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekan menyembah dan beribadah kepada-Ku(Ad-Dzariyyat:56).

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat. "Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di Muka bumi"...(Al-Baqarah:30)

Jadi, mengapa kita lupakan tujuan kita diturunkan ke muka bumi setelah kita mendapat sedikit kenikmatan gaji atau pendapatan?  Ayuhlah, kita sumbangkan sedikit sebanyak hasil pendapatan kita ke arah jalan-Nya. Mungkin itu lebih baik.

Keempat, aku mencari kawan-kawan baru.  Dalam dunia ni, antara perkara yang aku suka buru ialah rakan-rakan yg berguna, yang bole membantuku dalam memenuhi cita-cita dan wawasan hidup.  selain ilmu, amal dan harta, aku juga mencari rakan-rakan.  Mereka yang boleh menyokongku dalam kehidupan di luar.  Kerana menjadi lumrah manusia seperti aku... Aku memerlukan dorongann positif untuk terus maju.  Kerana aku sedar, aku tidak berupaya menghadapi akhir zaman berseorangan.





No comments:

Post a Comment