Saturday 17 November 2012

Doa; dengan atau tanpa usaha








Sejak kebelakangan ini, ramai yg bercerita tentang doa untuk Palestin.  Macam2 doa di post di laman2 sosial seperti FB.  Sbnrnya ia sesuatu yg baik krana ia menunjukkan masyarakat kita sedar tentang isu ini.   Persoalannya sejauh mna kebersanan doa jika tanpa disertai dengan usaha?

Usaha yg sedikit itu sbnrnya labih baik drpd tiada usaha yang dilakukan lgsung.  Doa merupakan salah satu usaha namun perlu ada tindakan susulan.  memang benar doa ialah senjata bagi orang mukmin namun apakah konsep sebenar doa sebagai senjata? 

Islam menyuruh penganutnya berusaha.  Adakah makanan akan turun dari langit hnnya dengan berdoa?  Sudah tentu tidak.  Berusahalah untuk mencari makanan walau pon dengan meminta daripada jiran.  Dengan berusaha barulah datangnya hasil.  Bagitu juga dengan isu Palestin.  Jika hnya dengan berdoa semata mata tentera zionis akan terhapus, mengapa Palestin masih bermandi darah sejak sekian lama?  Adakah kerana doa kita tidak ikhlas atau tidak diterima?  jawapannya tidak.  apa yang kurang ialah usaha.  Usaha bagi menghapuskan musuh2 islam perlu dilakukan walau pon dengan cara yang paling mudah. 

jadi, apakah usaha yang boleh kita lakukan?  Selain mengangkat senjata, kita bole menyedarkan masyarakat tentang isu ini.  Dengan kemudahan internet, facebook, blogspot, kita mampu menulis, berkongsi idea tentang peripentingnya perjuangan dalam menentang musuh-musuh Islam.  menentang musuh Islam tidak semestinya dengan senjata. 

Yang kedua dengan menunutut ilmu.  Kepentingan ilmu dan palestin?  Ada kena mengena ke? Ye! Ada!  Dengan ilmu dan pengetahuan yang baik, kita mampu menyandang jawatan penting dalam sesebuah organisasi dan menjana pendapatan pada usia dewasa.  Dengan gaji dn pedapatan tersebut bolehla kita sumbangkan seikhlas hati kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di sana.  Ye, mungkin lambat lagi tapi kita perlu ingt.  Setiap usaha perlukan perancangan.  Sama seperti perkahwinan.  tak bermaksud kita jatuh cinta hari ini, esok terus kahwin.  Ia tetap memerlukan masa.  Jadi,  rancang sebaiknya cara kita berusaha dalam menjayan cita-cita.

Cara perjuangan yang seterusnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.  Fahami Islam dengan sebaiknya.  Kenapa?  Kerana Islam ialah cara hidup yang sempurna.  fahami cara kehidupan islam yang sebenar.  bagaimana Islam meletakkan kedudukan manusia.  Dengan memahami Islam, kita akan lebih faham tentang kehidupan, mengapa manusia diciptakan.  Boleh rujuk surah Al baqarah ayat 30 dan Ad Dzariyat ayat 56.  2 ayat ini menerangkan tujuan manusia diturunkan ke muka bumi.  Dengan itu, kita akan sedar, bahawa hidup ini bukan sekadar untuk berkahwin atau bekerja semata-mata.  Bukan untuk wang dan mebina rumah mewah semata-mata. 

Sebenarnya banyak lagi cara kita untuk berjuang dalam menewaskan musuh-musuh Islam cuma kebanyakan kita cuma terfikirkan satu cara sahaja iaitu perang.  Ye, ia mungkin boleh jadi salah satu cara, namun kita jauh dar mereka, jadi kita boleh bertindak dengan cara yang bersesuaian dengan keadaan.

Apa yang ingin disampaikan ialah usaha tanpa doa itu kesombongan dan doa tanpa usaha itu sia-sia.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment