Tuesday 15 May 2012

Topeng



Topeng = Luaran = Tidak kekal = Bukan jiwa

Kita seringkali menilai manusia berdasarkan topeng yang mereka pakai


Apakah asas yang kita letakkan untuk menilai seseorang?
Adakah pada agamanya?
Adakah pada rupanya?
Adakah pada pangkatnya?
Adakah pada kerjayanya?
Atau pun pada pakaiannya?
 
Kebiasaannya, kita akan menilai seseorang itu sejak pertama kali kita melihat seseorang itu.  
Apabila anda ke sesuatu majlis rasmi contohnya, datang seseorang lelaki yang tinggi tubuhnya, manis mukanya dan ramah percakapannya mendekati anda, anda pasti membuat penilaian terhadap lelaki tersebut.  Dalam fikiran anda, dia pasti merupakan seoarang yang baik, berpengaruh dan berpendidikan tinggi.  

Datang pula seoarang lelaki yang biasa sahaja pakaiannya, bertubuh rendah, dan duduk bersendirian di satu ruang di dalam dewan, anda pasti juga akan membuat penilaian pertama terhadap lelaki tersebut.  Mungkin lelaki itu seorang kurang berpengaruh dan berpendidikan sederhana.  

Dalam soal mencari pasangan hidup, mungkin sebahagian daripada kita pernah ditanya ditanya apakah ciri-ciri suami atau isteri pilihan hati.  Sebahagian daripada kita mungkin menjawab "saya mahukan seseorang yang sentiasa berpenampilan kemas, rambut disikat rapi, tinggi dan dan bertubuh sasa."  Mungkin sebahagain daripada kita akan menjawab, "saya mahukan seseorang isteri yang bertudung, berbaju kurung dan cantik penampilannya...

Ini yang menjadi persoalan bagi saya.  Mengapakah kita meletakkan ciri-ciri luaran semata-mata untuk menilai seorang manusia?  Mengapa jarang kita meletakkan ciri-ciri dalaman seperti apakah ideologinya, cara berfikir, cara bertindak, akhlaknya dalam menilai seseorang manusia?

Adakah seseorang itu hanya boleh diangkat sebagai seorang pemimpin hanya kerana penampilannya?
Adakah seseorang itu boleh dikatakan jahat kerana mukanya yang bengis?
Adakah seseorang itu boleh dikatakan bahagia hanya kerana hartanya bertimbun?

::Aku bukan mencari seseorang yang hebat luarannya semata-mata, tetapi aku menilai sifat dalamannya sebagai sesuatu yang utama::

Sesuatu yang bersifat luaran mudah diubah, tetapi jiwa, sampai mati pon ia kekal


No comments:

Post a Comment