Friday 4 May 2012

Penjajahan Minda




Petang tadi terbaca satu artikel di akhbar Berita harian bertarikh 3 Mei 2012
Bertajuk...

Amal budaya barat dianggap moden.
Resapan secara halus menyebabkan masyarakat tidak sedar fikiran dijajah.
Tulisan Nur Munirah Muhd Fadzir


Dalam banyak-banyak isu yang di paparkan di dada akhbar, ini merupakan isu yang menarik untuk dibaca, difahami dan dikaji.  Sedang penulis-penulis lain sibuk bercerita isu politik, ekonomi, negara dan sebaginya, saya tertarik untuk membaca artikel yang ditulis oleh Nur Munirah Muhd Fadzir.

Pada hari ini, mengamalkan budaya barat dianggap moden, canggih dan maju...
Bersosial cara barat dianggap perkara biasa dalam kehidupan...
Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dianggap kuno dan ketinggalan zaman...

Pada hari ini, mengamalkan budaya barat dianggap moden, canggih dan maju...
Memakai kemeja, jeans, tali leher dianggap fesyen yang membanggakan
Memakia kopiah, serban, jubah, dianggap kuno dan 'kampung'.

Negara kita memang sudah bebas daripada penjajahan namun pemikiran kita masih dikawal oleh satu ideologi yang bakal membinasakan...  Cara hidup kita semakin jauh daripada landasan Islam.  Cara hidup kita seperti masih lagi dikawal oleh pemerintahan barat. 

Minda kita masih dijajah...
Kita belajar sekadar untuk mencari perkerjaan yang selesa semasa dewasa kelak... Sedangkan tujuan hidup bagi umat Islam ialah beribadah dan berdakwah...  kaum Adam sepatutnya mempunyai tanggungjawab fardu kifayah yang besar terhadap masyarakat iaitu membimbing dan membantu masyarakat dalam kehidupan...  Namun hari ini, kedudukan lelaki dan wanita seperti sama dalam masyarakat.  Keduanya mencari rezeki bagi keluarga masing-masing dan masyarakat dibiarkan terabai.  Kes pembuangan bayi, masalah sosial yang menjadi-jadi, zina... Siapakah yang perlu bertanggungjawab?  Pemimpin negara sahajakah?  Bukankah setiap manusia yang diturunkan ke dunia bertanggungjawab sebagai seorang khalifah?  Bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat?  namun, minda kita sudah dijajah... Hidup kita disetkan untuk mencari kesenangan sendiri. 

Minda kita masih dijajah...
Semasa kecil kita didik supaya membaca....
Tuntutan agama yang pertama juga ialah membaca...
Namun, apakah perkara yang menjadi bahan bacaan kita?
Buku-buku yang ditulis oleh penulis yang kita sendiri tidak tahu apakah ideologinya, apakah agamanya...
membawa kita mengikut cara mereka tanpa kita sedari.  Mereka menyampaikan ideologi mereka melalui penulisan.  membawa hujah yang mempu menarik kita kepada cara hidup mereka.  Kita mudah terpengaruh jika kita tidak mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.  apakah pegangan hidup utama kita?  Apakah rujukan utama hidup kita kalau bukan Al-Qur'an dan Hadis?  Namun, berapa ramai antara kita yang membaca dan memahami al-Qur'an. Dan berapa ramai pula yang membaca buku-buku karangan manusia yang kita sendiri itidak tahu ideologinya...

Minda kita masih dijajah...
Dan akan terus dijajah...
Melalui berbagai cara dan sudut...
Media massa digunakan sepenuhnya bagi menyebarkan ideologi-ideologi yang merosakkan jiwa...
Beberapa rancangan agama dan ilmiah digunakan sebagai menutup matlamat utama penyebaran ideologi ini...
Selebihnya...
Fitnah, penipuan, hasutan, penyerapan budaya barat disebarkan melalui media massa.
Kesannya, akhlak masyarakat semakin runtuh, masalah sosial menjadi semakin teruk, masyarakat bertelagah dan berpecah, agama islam bukan menjadi cara hidup.

Minda kita masih dijajah...
Namun sampai bila?

No comments:

Post a Comment