Tuesday 29 May 2012

Dunia vs Akhirat










Antara dunia dan akhirat...
Mana kita perlu kejar dahulu?
Mana yang perlu kita kejar kemudian?
Cukupkah sekadar mencari kehidupan dunia?
Mampukah kita mencapai kebahagiaan ahirat tanpa mencari kehidupan dunia?


Ada sebilangan berpendapat cukup sekadar kita mengejar akhirat kerana di sana kehidupan yg kekal.  Ada juga yg berpendapat, kehidupan dunia dan akhirat perlu selari iaitu perlu seimbang keduanya.  Dunia ialah kehidupan, binalah syurga di dunia.  Pon bole...  Tetapi, saya tertarik dengan satu petikan yang saya ambil drpd sebuah buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.  Bukunya Berjudul 'Ada Bagus Bagusss'.
 
"Life is a test,
 Islam is the best,
 prayer is a must,
 akhirat is for test,
 the world is only dust,
 if Quran is in the chest,
 nothing need next,
 obey Allah first,
 success will be next."

Akhirat ialah destinasi, dunia ialah tempat persinggahan.  Sebelum meninggalkan dunia, tinggalkanlah sesuatu yg bermanfaat kpd masyarakat.  Perjuangkanlah sesuatu agar memudah perjuangan org lain.  Jangan sesekali meninggalkan dunia ini dengan tangan kosong.  Tinggalkanlah walaupun sebuah pokok buah-buahan.  Walaupun kecil, tetapi besar nilainya.  Jangan sesekali meninggalkan tempat persinggahan dalam keadaan kotor apabila kita meninggalkannya kerana ia mungkin menyusahkan org lain yg ingin singgah rehat.  

Hidup ini adalah persinggahan.  Kutiplah sebanyak mungkin bekalan untuk ke destinasi.  Supaya kita sampai ke destinasi dengan selesa.  Tinggalkanlah jasa d tempat persinggahan agar mereka yg kemudian selesa dengan peninggalan yg ditinggalkan.

Hidup ini sementara, namun sesaat kita di dunia nilainya amatlah berharga.  Sesaat yg kita lepaskan x mampu untuk dibeli dengan lautan emas sekali pun.  Tanpa kekuatan d dunia, bagaimna kita mampu mencapai kbahagiaan d akhirat.






No comments:

Post a Comment