Wednesday 16 May 2012

Kecelaruan



Menjelangnya bulan kemerdekaan, ramai yang berebut-rebut untuk menaikkan jalur gemilang.  Menandakan cinta kepada tanah air dan bersyukurnya negara kita memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 yang lalu.  Ada yang menempah bendera khas jalur gemilang untuk organisasi masing-masing hingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit.  Bendera gergasi yang dinaikkan menjadi satu kemegahan kepada si pemiliknya.  Alangkah beruntungnya jika semua kita semua mempunyai semangat yang sama besar dengan bendera yang kita naikkan itu.  namun, apa yang berlaku hari ini, menaikkan jalur gemilang seperti satu budaya yang berlaku pada setiap tahun.  Kita lakukan tanpa kita mengetahui maksud disebaliknya.  Kita melaungkan laungan MERDEKA pada malam 31 Ogos pada setiap tahun namun.... Adakah kita menjiwai erti kemerdekaan itu?  Adakah kita meletakkan usaha yang tinggi dalam kehidupan kita untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini?  Adakah laungan MERDEKA kita itu merupakan satu laungan yang datangnya daripada jiwa atau pun sekadar sorakan biasa?  Adakah jalur Gemilang yang kita kibarkan melambangkan semangat cinta kita kepada negara atau sekadar penentu status hidup?  Adakah kita boleh dikatakan merdeka jika pemikiran kita masih dibelenggu oleh ideologi-ideologi yang kita sendiri tidak tahu dari mana usulnya?  Adakah jiwa kita merdeka jika kita membawa ideologi yang bercanggah dengan hukum Islam?  Bukankah kita telah meletakkan Islam sebagai landasan hidup...  Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar melalui landasan tersebut...

Jalur Gemilang 


Post pada kali ini, saya ingin membawa saya dan anda semua berfikir... Adakah kita memahami tujuan setiap perkara yang kita lakukan pada hari ini.  Adakah kita tahu apakah sebab kita melakukan sesuatu perkara?  Adakah setiap perkara yang kita lakukan adalah kerana satu arahan atau datangnya daripada kehendak dan kesedaran diri sendiri?  Ingatlah, mereka yang merdeka ialah mereka yang mampu berfikir dan bertindak kerana mereka tahu sebab apa mereka bertindak. 

Saya mempunyai beberapa persoalan yang ingin diketengahkan...

1.  Apakah tujuan kita ke sekolah?
2.  Apakah tujuan kita menuntut ilmu?
3.  Apakah tujuan berkerja?
4.  Apakah tujuan kita berkahwin?
5.  Apakah tujuan kita diturunkan ke bumi?

Cukuplah 5 persoalan ini untuk dipersoalkan...  Jika anda mampu menjawab persoalan ini daripada lubuk hati anda sendiri, saya ucapkan tahniah kerana anda mengetahui tujuan anda berbuat demikian.  

Merdekakah pemikiran kita?


Saya hanyalah seorang manusia biasa.  Cita-citaku amatlah besar. Ingin menyatukan seluruh bangsa Melayu di tanah air ini.  kadang-kadang aku rasakan ia sesuatu yang mustahil kerana aku sedar aku bukanlah sekuat mana.  Namun, semangatku memapahku untuk mencapai cita-citaku.  Doa ibuku selalu mengiringi perjalananku.  Aku tidak mampu membaca fikiranmu, tetapi aku tahu apa yang kemu fikirkan... Melalui tindakan yang kamu lakukan....

2 comments: