Monday 9 April 2012

Keberanian Berjuang




Aku tidak gentar menghadapi kemarahan
Aku tidak gentar menghadapi cacian
Aku tidak gentar menghadapi kejian
Aku tidak gentar menghadapi ejekan
Semuanya ini kulakukan demi membina masa hadapan
Masa hadapan yang memberi harapan
Harapan yang membentuk satu impian
Impian kita bersama
Bagi mengubah destini anak bangsa...

Muhamad Izzuddin Bin Azal

7 Mei 2011

Nota:

Sesungguhnya aku sedar... Untuk melaksanakan satu idea yang besar bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabaran dan liku-liku yang terpaksa dihadapi bagi menjayakan sesuatu idea itu. Matlamat hidupku bukan sekadar kesenangan peribadi. Matlamat hidupku ialah membentuk perpaduan bangsa Melayu Islam seterusnya membentuk perpaduan agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita belajar daripada alam? Bayi pada mulanya meniarap sebelum merangkak, merangkak sebelum berdiri, berdiri sebelum berjalan, berjalan sebelum berlari... Begitu jua dengan perpaduan. Bagaimana kita mampu membina perpaduan dalam kelompok yang besar sedangkan membentuk perpaduan daripada kelompok kecil masih menjadi masalah bagi kita.

Aku juga akui, ianya bukan mudah kerana tentangan dan halangan sentiasa mengekoriku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah, tuhan yang maha mendengar, maha mengetahui, maha kuasa... kerana memberikan aku semangat dan kekuatan hingga ke hari ini... Bagi menjayakan matlamat hidupku...

1 comment:

  1. Tahniah teruskalah perjuangan mu sahabatku walau dimne sahaja kamu berada.. ayuh melayu bangkitlah..insyallah

    ReplyDelete