Saturday 7 April 2012

Ilmu


Malam ni saya ingin berkongsi pendapat tentang ilmu...
Ilmu, sesuatu yang kita anggap penting dalam kehidupan.
Tanpa ilmu, gelap lah masa depan kita...
Dengan ilmu, masa depan kita akan cerah,
Dari kecil kita diasuh supaya menuntut ilmu...
Dalam agama Islam juga, Ilmu merupakan salah satu tuntutan...

Ilmu penyuluh jalan kehidupan

Persoalannya, apakah definisi ilmu? Apakah tujuan kita menuntut ilmu? Apakah manfaat ilmu?

Menurut Mohammad Hatta, Definisi ilmu adalah pengetahuan yang teratur tentang pekerjaan hukum sebab-akibat dalam suatu golongan masalah yang sama sifatnya, baik menurut kedudukannya (apabila dilihat dari luar), maupun menurut hubungannya (jika dilihat dari dalam).

Persoalan: Apakah definisi ilmu bagi anda?
Adakah mendapat semua 'A' dalam semua subjek menandakan anda telah menguasai segala ilmu pengetahuan? Adakah akademik kunci utama ilmu? Adakah keberkesanan ilmu dilihat apabila seseorang mendapat kerjaya yang baik apabila dewasa nanti?

Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

Kursi dalam ayat di atas bermaksud ilmu dan kekuasaan Allah. Jika kita fikir secara logik akal, adakah ilmu di muka bumi itu boleh kita terhadkan hanya kepada akademik semata-mata? Inilah masalah yang berlaku kepada sesetengah generasi muda hari ini. Inilah yang menyerang fikiran mereka. Akademik ialah segalanya... Bukan menidakkan kepentingan akademik cuma saya ingin menegaskan akademik ialah salah satu cabang ilmu daripada 1000 lagi cabang-cabang yang lain.

Ada satu hadis yang mengatakan ' menuntut ilmu biarlah sehingga ke negeri China'. Kenapa China? Kenapa tidak Amerika? kenapa tidak Malaysia? hahaha... Menurut kajian yang dilakukan, pada ketika dahulu, ketika bangsa arab sudah mahir dalam ilmu agama, kepimpinan, di negeri China telah berlaku perkembangan ilmu dalam bidang penenunan, pembuatan kertas dan tekstil... Disini kita boleh simpulkan ilmu itu berbagai. Luas dan bercabang-cabang. Ketika negara Arab mula membentuk kemahiran-kemahiran dalam berdakwah dan sebagainya, negara China telah mula berkembang dengan ilmu pembuatan dan penenunan. Kita juga boleh simpulkan inilah kebesaran Allah yang maha Adil mengagihkan nikmat ilmu-Nya kepada seluruh umat manusia. Dia tidak menurunkan imu itu tertumpu di satu negeri sahaja. Di turunkan ilmu-ilmu-Nya di setiap penjuru alam termasuklah di negara China. Wallahua'lam.


Islam di China

Kita perlu faham, selain akademik, terdapat banyak lagi keperluan dan persiapan yang perlu kita kutip bagi menghadapapi masa depan yang lebih mencabar. Tanggungjawab kita terhadap dunia sebagai khalifah di muka bumi ini semakin hari semakin mencabar. Dengan hanya bergantung kepada ilmu akademik sahaja, saya rasa ia masih belum mencukupi untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar di luar sana.

Apakah perkara lain yang diperlukan selain daripada akademik? Ilmu akhlak, ilmu tauhid, ilmu kepimpinan, ilmu psikologi, ilmu komunkasi, ilmu sosial antara salah satu cabang ilmu yang diperlukan untuk menjadi seorang manusia yang berkualiti.

Apa gunanya menjadi seorang akauntan yang mempunyai pendapatan RM10,000 setiap bulan jika melakukan pecah amanah. Apalah gunanya menjadi seorang hakim, jika tidak berlaku adil apabila diberikan rasuah. Apa guna menjadi seorang CEO sebuah syarikat tetapi tidak mampu mengawal tindak tanduk anak-anaknya di rumah. Apakah guna menjadi seorang arkitek jika tidak pandai menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apa guan menjadi seorang pelajar cemerlang jika sering melakukan maksiat bersama pasangan...
Inikah ciri-ciri ilmuwan cemerlang?

Saya ingin berkongsi pengalaman seorang sahabat, merupakan seorang auditor. Dia diamanahkan untuk mengaudit sebuah syarikat dan didapati akauntan syarikat tersebut telah menggelapkan wang syarikat sebanyak RM4,000,000.00. Hebat kan? Ciri-ciri ilmuwan kan? Ada ilmu perakaunan, gelapkan wang syarikat. Siap bagi rasuah lagi... Macam mana Malaysia nak mencapai taraf negara maju? Macam mana bangasa kita hendak berjaya? bagaimana Islam mahu dipandang tinggi jika kelakuan umatnya sebegini?

Kesimpulannya, saya ingin mengajak anda berfikir, apakah wawasan hidup kita? Dan gunakanlah ilmu itu untuk mencapai wawasan murni tersebut.. Carilah ilmu sehingga akhir usia kerana ilmu itu tidak akan habis... Lagi banyak pengetahuan kita, semakain banyak dan besar perasaan ingin tahu kita...

Satu perkara yang lebih penting, carilah kepelbagaian ilmu. Ia bukan sekadar akademik semata-mata. Ianya sungguh meluas. Jangan belajar ilmu hitam sudah...







No comments:

Post a Comment