Friday 6 April 2012

Panduan hidup


Sejak kecil kita dididik agar rajin membaca. Sesungguhnya membaca merupakan satu tuntutan agama. Cuba kita kaji semula, mengapa surah pertama yang diturunkan kepada baginda Rasullullah s.a.w menyeru umat manusia membaca? 'Iqra'. Mengapa membaca dan mengkaji merupakan tuntutan pertama kepada baginda? Bukannya beribadah?
salah satu jawapan yang saya kenal pasti ialah kerana apabila kita membaca, kita akan memperoleh pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, akan datangnya kefahaman. Dengan adanya kefahaman, maka timbulnya rasa ingin tahu tentang perkara tersebut. sifat ingin tahu tersebut membuatkan kita begitu ghairah untuk mencari lebih banyak informasi tentang sesuatu perkara dan inilah yang dinamakan kajian.

Cuma pada malam ini saya ingin membawa anda berfikir apakah bahan-bahan yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan apa kesannya kepada ideologi kita. saya ingin bangkitkan satu persoalan... Apakah sumber-sumber bacaan kita pada setiap hari? Adakah akhabr? Majalah? Buku-buku akademik? atau pun novel... Tidak pun...



Al-Qur'an

Hakikat pada akhir zaman ini, manusia lebih gemar menjadi hamba kitab kepada kitab-kitab karangan manusia berbanding menjadi hamba kitab Al-Qur'an. Jika kita katakan Al-Qur'an merupakan panduan utama hidup kita, mengapa kita tidak lakukan sedemikian? Mengapa amat jarang sekali masyarakat Islam menghayati isi kandungan Al-Qur'an tersebut. Yang labih mendukacitakan, membaca al-Qur'an jarang dilakukan.

Bagaimana kita boleh akui al-Qur'an merupakan panduan utama kehidupan jika kita langsung tidak ambil peduli tentang isi kandungan ajarannya? bagaimanakah kita katakan al-Kitab sebagai panduan hidup jika membacanya kita hanya lakukan ketika bulan Ramadhan sahaja? bagaimana al-Hudaa kita katakan sebagai panduan hidup jika al-furqan hanya digunakan sebagai barang hantaran perkahwinan sahaja? Dan bagaimana kita boleh katakan al-rahmah sebagai panduan hidup jika al-qur'an hanya kita jadikan perhiasan di dalam rumah...

Disinilah persoalannya... Secara peribadi saya simpulkan banyak masalah berkaitan akhlak, politik, ekonomi dan institusi rumah tangga berlaku kerana kurangnya penghayatan daripada al-Qur'an. kurangnya pelaksanaan sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran.

Secara jujurnya saya perhatikan, sistem pemerintahan, jual beli, mata wang, politik negara banyak dipengaruhi oleh sistem barat. Bukan niat memburukkan sistem daripada barat tetapi hakikatnya sistem yang berlandaskan syarak itulah yang terbaik. Jika kita perhatikan pada hari ini, banyak kesan negatif yang timbul daripada cara hidup dan sistem yang tidak berlandaskan al-Qur'an. Kes pembuangan bayi, zina, rasuah, riba', keruntuhan akhlak, kurangnya perpaduan antara contoh negatif yang kita dapat lihat.


Yang berdaftar sahaja dah mencecah 5 angka...

Isunya sekarang, adakah kita boleh katakan kita seorang yang beriman jika rukun iman yang ke-3 tidak kita imani dengan sebenarnya? Jika tidak kita amalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya? Bolehkah kita kategorikan sebagai seorang yang beriman kepada kitab jika kita masih melanggar larangan-larangan yang terkandung di dalamnya?

Apa yang pasti, satu sahaja rukun iman tidak kita hayati dan amalkan dengan seikhlas hati, maka tidak sempurnalah iman kita.

'Sesungguhnya Kami (Allah) yang menurunkan peringatan itu, dan kami (Allah) yang memeliharanya.'
[Al-Hijr: 9]

::Al-Qur'an terpelihara hingga hari Kiamat::
Selagi kita berpegang kepadanya, selagi itu kita di landasan yang betul.

No comments:

Post a Comment