Thursday 5 April 2012

Dewasa


Hmm... Malam ni tiba-tiba teringat zaman bersama sahabat-sahabat seperjuangan... baru sahaja beberapa hari meninggalkan sebahagian daripada mereka tapi rasa sayu itu sangat menebal dalam diri ini... Jadi, malam ni aku ingin kongsikan satu nukilan yg x beberapa hebat kepada anda... Satu nukilan yang ditulis ikhlas daripada hati... satu nukilan yang telah lama disimpan dalam netbook tapi hari ini baru ada peluang untuk dikongsikan...


Dewasa

Dahulunya... Aku mula mencari

Dahulunya... Aku mula melangkah kaki

Dahulunya... Aku hidup sendiri

Dahulunya... Aku seorang seki


Tiada yang mengenaliku

Melainkan sahabat yang setaraf denganku

Tiada yang bersamaku

Melainkan yang ikhlas berjalan denganku


Kini... Usiaku dibawa masa

Jasad dan jiwaku semakin dewasa

Langkahku semakin perkasa

Membawa amanah maha kuasa.


Muhamad Izzuddin bin Azal

14 Januari 2012


Nota:

Sajak ini dikarang apabila teringatkan zaman aku menjadi seorang sekretariat 2 tahun yang lalu. Kini aku merupakan seorang YDP kolej. Tanggungjwabku jauh lebih berat berbanding tahun-tahun yang lalu. Betapa... untuk mencapai satu tahap kecemerlangan, banyak pengorbanan, kepayahan terpaksa dihadapi... Aku juga teringat, aku datang ke sini tanpa ditemani ibu... Hanya doanya mengiringi perjalanku ke sini. Dengan niat yang satu iaitu mencari ilmu dengan cara yang hakiki. Alhamdulillah... kini aku semakin matang dalam menempuh kehidupan... Aku mula mengenali erti kehidupan, persahabatan, pengorbanan dan...perjuangan.

2 comments:

  1. kerana anda memang berbakat..sahabtku..teruskanlah perjuangan mu walau drimu sudah tidak berkhidmat di uitm machang lgi..fira akn mnyokong dri jauh..salam ukhuwah...

    ReplyDelete