Friday 6 April 2012

Matlamat hidup


Saya cuma ingin bertanyakan satu soalan... Apakah matlamat hidup kita di muka bumi ini?

Mungkinkah apabila celik sahaja mata kita daripada tidur, kita berasa kosong dan tidak tahu apa yang kita perlu lakukan pada hari tersebut... Kita rasakan sudah tidak ada satu perkara pun yang boleh kita lakukan pada hari tersebut... Apabila tamat peperiksaan kita rasa satu kebebasan yang amat besar seolah-olah sudah tamat segala perjuangan dalam hidup... Jika anda demikin, anda merupakan salah seorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas... Jadi, mula fikirkan, apakah perkara yang perlu anda lakukan sebagai seorang manusia atas muka bumi ini...



Adakah matlamat kita hanya untuk menjadi seorang akauntan? peguam? jurutera? Mendapatkan gaji yang sangat lumayan setiap bulan dan beri kepada keluarga dan anak-anak? Adakah harta matlamat kehidupan anda?

Adakah matlamat hidup kita di muka bumi sekadar untuk memiliki pendidikan akademik sehingga taraf pHD dan kita boleh pamerkan pHD tersebut di dinding rumah kita? Adakah status dan darjat ketinggian ilmu akademik matlamat hidup anda?

Adakah matlamat hidup kita di muka bumi ini untuk mendapatkan sanjungan manusia seluruh alam dengan menurut segala keinginan hati mereka dengan hiburan dan keseronokan semata-mata? Adakah sanjungan manusia matlamat hidup anda?

Jadi, apakah matlamat hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini sebenarnya? Cuba kaitkan ayat al-Qur'an di bawah ini... Apa yang anda fikirkan?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah al-Baqarah:30]

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.' [Surah al-A'raf:179]

Persoalannya... Apakah matlamat hidup kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini... Dengan adanya matlamat ataupun wawasan, baru lahirnya usaha... Dengan adanya usaha, maka akan lahirnya hasil... Dengan adanya hasil, maka hasil tersebut bolehla dinikmati oleh anda sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa mahu pun negara...

Boleh disimpulkan disini, matlamat merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan kita. Untuk melaksanakan sesuatu perkara pun, kita tetap perlukan matlamat. Jika kita perhatikan, setiap perusahaan yang besar dan berjaya mempunyai matlamat atau pun visi perniagaan masing-masing.



Setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai objektif atau pun matlamat penubuhan. matlamat yang dibina itu juga haruslah jelas kerana matlamat yang jelas boleh diibaratkan sebagai lampu yang menyinari kegelapan. Jika matlamat kita tidak jelas maka pelaksanaan kita juga turut kabur dan mudah menyimpang.

Sebagai penutup bagi penulisan pada malam ini, saya ingin mengajak anda untuk membina matlamat hidup yang jelas dalam kehidupan. Jika kita tidak mampu untuk membina matlamat jangka masa panjang, sudah memadai jika kita mulakan dengan membina satu matlamat jangka masa pendek sebagai permulaan....
Beribu langkah perjalanan semestinya dimualakan dengan langkah pertama... Anda yang menentukan destinasi dan haluan langkah anda...


No comments:

Post a Comment